7 Juni 2014

Air "TUAK"

Air tuak adalah sejenis minuman yang wajib ada menjelang Pesta Menuai aka Gawai Dayak yang disambut pada 1 Jun setiap tahun di Sarawak. Ketiadaan air ini pasti akan menghancur leburkan mood Gawai pada waktu itu. You see, when I use "menghancur leburkan" means air tuak sesuatu yang super penting. Tak ada makanan pun, kalau tuak ada; jadilah. Haha.
Air tuak sebenarnya mempunyai persamaan dengan Air Tapai di Sabah, perbezaannya hanyalah cara pembuatan air tersebut mengikut sesuatu tempat. Air tuak sering digelar "aik pengayu" yang bermaksud air yang memanjangkan usia. o.O Orang cakap kalau nak panjang usia, mesti minum air ni. Kalau tak, sambung sendiri.. Haha.
Pic by: thirstyblogger.com
Penyediaan air tuak ini mempunyai beberapa fasa dan pantang larang. Individu yang membuat air tuak ini tidak boleh membawa makanan atau buah-buahan yang masam berdekatan dengan tempat menyimpan air tuak ini kerana dikatakan dapat memberi effect kepada air tuak tersebut. Effect nya ialah air tuak tersebut akan menjadi masam dan tidak nyaman. 
Pic credit to; adyllogy.blogspot.com
Dahulu kala, air tuak biasanya diperam dalam tempayan selama beberapa bulan, malah beberapa tahun. Tempoh paling singkat untuk memeram air tuak ialah 3 bulan. Menurut pakar air tuak, rasa air ini akan lebih "kuat" dan umphh gitu andai disimpan lebih lama. 
Bahan-bahan untuk membuat air tuak ini pula terdiri daripada nasi pulut, ragi dan gula. Tiada bahan kimia digunakan dan dikategorikan sebagai air mesra alam. Hahaha. Bagaimanapun, proses pembuatan air ini sangat rumit dan memerlukan penjagaan khusus. (Sumber: http://vaneelea.blogspot.com)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar